sumber: carian google
Hujan lebat betul hari ini, ingatkan hujan macam biasa je. Padankan muka aku, siapa suruh balik lewat dari pejabat. Tapi memamg dasyat betul penangan hujan malam ni sehinggakan aku terpaksa berhenti seketika di stesen petrol. Idea untuk update entry ini sebenarnya wujud masa aku tengah drive dengan kusyuknya masa memandu tadi. Tapi biasalah bila sampai kat rumah, pekena lak nasi ngan kari tulang, then baru nak update blog, memang lupa la sikit2 isi entry ni...keke. Ok kembali, Bukan apa, masa hujan tengah lebat yang amat dan kereta banyak yang memperlahankan halaju memasing, ada lak sorang mamat tu bawak laju yang amat. Aku tak riasaukan dia, cuma kesiankan pemandu-pemandu berhemah yang lain. Kes ni yang buat aku memikirkan berani kerana benar. Aik mesti pelikkan korang asal aku cakap macam tu, kalau dari satu sudut, memang kalau di ikutkan cara dia agak betul sebab kalau semua pun perlahan, jalan akan sesak. Tapi bila difikirkan secara meluas, tak perlulah sampai macam tu sekali.
MOral of the story, pandai-pandailah korang fikir. Haha ok macam ni, memang tak salah kalau nak menegakkan benang yang basah atau macam tajuk entri aku ni, berani kerana benar. Memang dalam kehidupan kita ni, kita kena berani menegakkan kebenaran jika tak, kita akan tertindas. Tambah-tambah pulak, sekarang ni siapa yang slow skit bertindak akan senang-senang ditindas. Macam-macam kes yang terjadi. Yang jadi isunya, bila ada yang kununnya berani kerana benar ni. Kenapa jadi macam ni?? Kenapa jadi macam ni?? aku rasa...eh sebelum tu, aku tak mau apa yang aku luahkan ini menjadi isu, sebab ianya datang dari pendapat aku sendiri. Kalau ada yang terkena, mungkin kerana kebetulan atau sebagainya. Kembali balik, ada juga setengah orang ni, dia berani tak ketauhan hala, dia anggap diri dia benar sedangkan sebenarnya salah. Yang ini aku rasa lagi pening. Tak pasal2 lak jadi berani padahal apa yang dibuatnya salah.
Yang ini aku sendiri tak tahu macam na nak atasinya. Bila di tegur mungkin akan memburukkan keadaan. Mungkin orang yang ingin menegurnya perlukan cara yang paling sesuai atau mungkin orang yang paling dia dihormati menegur dan sebagainya. Kalau susah sangat, tak perlu buat pape. Macam aku cakap dalam entry aku yang lepas-lepas, wat tak tahu sudah, nanti lama-lama ianya akan terurai sendiri. Tapi sambil-sambil wat tahu tu, sentiasa berdoa kepadaNYA, sebab DIA seorang saje yang boleh mengubah dan memutuskan segalanya.
Satu lagi yang aku tak berapa gemar, ada juga yang selalu berkata, berani kerana benar. Tapi bila ada masalah, bukan nak settlekan dengan orang tu atau sebagainya tapi dok sibuk dengan cara lain. Itu ke berani kerana benar yang dimaksudkan ?? kemonlah .Ada ke cara nk settlekan masalah kalau bukan dengan berbincang dengan orang yang kita bermasalah?? aku rasa tak ada caralah, cara paling terbaik ialah berbincang secara berdepan dan penuh kesopanan bersama-sama, tak perlu nak libatkan orang lain atau perkara lain. Dulu dalam dunia blog ni, aku pernah gak dengar bila ada salah faham ke, semua dok sibuk cerita keburukan orang dalam blog. Kununnya berani keran benarlah tu cerita pasal orang. Tak baiklah benda tu, memanglah ianya diari. Tapi perlu ingat, blog ni untuk tuntonan umum, untuk bacaan semua pelayar-pelayar internet seluruh dunia. Biarlah dia wat macam mana pun, tak perlu kita pulak nak bercerita mengenai keburukan dia. Cuba fikirkan baik-baik, tak pasal-pasal dua-dua berdosa, bayangkan kalau dia tak buat atau sebagainya, besar dosanya. Alhamdulillah sekarang aku tengok keadaan semakin berbeza, tidak ada lagi cacian caian, maki makian, kutuk kutukan dalam dunia blog, setahu aku la kan, tak tahu la kalau-kalau ada lagi. Semua orang dalam dunia blogging ni, semakin ceria dan ramah tamah. Suasana macm ni lah aku suka masa mula-mula aku join buat blog. Harapan moga semua akan terus sukses dan tiada lagi yang sebegitu dalam dunia blog ni.
3 comments:
Masalahnya kan.. Jgn nak berani sebarangan sekarang.. Ada orang yg tidak menggunakan akal, lebih keoada emosi.. Tau nak hentam dan pukul jer kalau kita berani.... Tengok keadaan okkk..
kalau dah duk kepoh satu dunia tu bukan berani dah namanya..kalau berani sangat and konfiden yang dia tu benar nape tak jumpa je face to face..cerita pada dunia buat apa, bkn org nak amik tau pun. - gadis jerawat di pipi :)-
dunia blog bukan utk aibkan org..tak perlu cerita keburukan org pd dunia..blogger sekarang dah bijak...org bigutu perlu dipersetankan sudah...i like ur entry...terus berkarya...huhuhu
Post a Comment