Alhamdullillah aku hari ini masih sihat dan terus menabur bakti pada organisasi aku. Walaupun aku begini, aku tetap bersyukur. Aku tertarik dengan kata-kata dari seorang teman, 'bukan nikmat yang diberiNYA kurang, tapi kata kesyukuran itu yang kurang'...amacam canggihkan ayat tu?? jom sama-sama kita memikirkannya.
sumber:carian google
Hari ini merupakan hari paling penting pada semua pelajar sekolah tingkatan 5 termasuk adik aku. Iaitu hari pertama SPM, seingat kau hari ni paper bahasa melayu kertas 1 dan 2. Mungkin tidaklah sesusah mana tapi paper ini cukup penting. Aku tau macam mana perasaaan dan debaran yang di alami mereka. Rasanya semua orang pun pernah alaminya. Kalau diikutkan inilah peperiksaan penting yang akan menentukan dimana arah tuju kita seterusnya. Ianya ibarat simpang 3, dimana kita perlu memilih hanya satu jalan dimana ianya akan menentukan kemana kita pergi selepas itu. Aku setuju sangat, bila orang kata SPM bukanlah penentu sama ada kita berjaya atau tidak di masa akan datang. Bagi aku, ini merupakan hala tuju atau asas pertama untuk ke arah kejayaan, namun jika tidak berjaya, ada jalan lain cuma perlu berusaha dan berdoa.
Kepada semua calon-calon SPM hari ini, aku, DIM BENIHANA, mengucapkan selamat berjaya kepada korang semua. Berusaha sampai ke titisan peluh yang terakhir, selagi masa belum tamat, jangan putus asa, kira dan jawablah sehingga berulang ulang kali. Semak kerta sebelum di hantar. Sebelum menjawab, minta dan berdoa kepadaNYA, hanya dia yang mapu memberi kejayaan pada kita selepas usaha dilakukkan.
1 comment:
Doakan aku juga okkkk...
Post a Comment