Geng-Geng

Monday, April 16, 2012

KTM oklah!!

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk menaiki keretapi tanah melayu (KTM) ke suatu destinasi. Bukan apa selain dapat jimat, aku tak perlu nak bersesak sesak menempuh jam di waktu tengahari yang panas ni. Lagipun semalam ada aku terbaca dari blog seorang sahabat, rasanya semua pun kenal. Beliau ni boleh dikatakan femes dan sangatlah ensem (walaupun tak pernah jumpa bersemuka, tapi aku dapat rasakan yang beliau betul-betul ensem. Beliau dikenali di alam maya sebagai Pak Cik Biola, nah ni blog dia, jom kasi terjah2 sikit ....http://kringg.blogspot.com.... petikan dari blog beliau  

Pada yang tak pernah naek komuter, ada beberapa tren komuter menampal beberapa lawak jenaka pada dinding komuter sebagai bacaan ringan untuk penumpang. kira nak kasi less stress la. Syabas atas effort ini buat KOMUTER!!

Disebabkan ayat-ayat beliau ini aku jadi lagi excited untuk cuba menaiki Ktm, tapi maybe belum ada rezki untuk bertemu dengan ayat-ayat yang Pak Cik biola maksdkan itu. Tak apa akan di cuba lagi untuk masa-masa akan datang. 
sumber gambar : carian google

Berbalik pada cerita KTM ok! memang sebenarnya ktm ni ok cuma....hahaha ada cumanya, biasalah manusia ni, mana pernah tak komplen. So aku tak terkecuali la ye. Satu je buat masa ini komplen dari aku, iaitu dari segi ketepatan waktu tiba dan bertolak. Aku faham apa pun yang dirancang pasti ada dugaan. Itu aku tak kisah cuma skrin yang menunjukan keretapi tiba tu haruslah di update secepat mungkin.  Contohnya macam tadi, aku nak menaiki keretapi Rawang, di skrin menunjukkan akan tiba jam 11 .40pm  macam tulah (xbrapa igt waktunya, sekadar cth), tapi jam disitu sudah menunjukkan dekat2 jam 12tghari. Dah lah tu, yang tiba pula, keretapi batu caves. Aish ini dah macam wrong information.

Nasib keadaan di dalam agak selesa, so wrong information yang tadi tu terus lupa. Walaupun sepanjang perjalanan aku berdiri, aku tak rasa letih atau tidak selesa, keadaaan dalam tren memang menenangkan. Di setiap stesen juga telah diletakan kipas bagi membantu pengaliran udara di dalam stesen, thumbs up!!.

ps : Just xbrapa nk syiok coz bila ada gerabak perempuan, kt gerabak biasa tu dh xda awek2, xdapat nk main2 mata n senyum2 mcm muda2 dulu. ;p

4 comments:

padlie said...

bila la sy nk naik komuter nih...? teringin gak..

Anonymous said...

Zura: ha2...sengal je..

Danial Marzuki said...

padlie: nanti ada la tu rezkinya..kita naik sama2 ye, ajak pak cik biola skali..keke

Unknown said...

haha.x delah ngumpat mana.yg pasal train lewat sampai tuh i dah lali sgt dah.haha.

yg syabas tuh sebab tampal benda alah tu je.hoho

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com