Hari ini aku sampai pejabat seperti hari hari kebiasaan, ngam ngam saje. Tidak ada lagi semangat untuk ke pejabat seperti dulu. Aku sendiri pun tidak tahu apa sebabnya. Kemalasan yang terlalu berat dalam diri aku menghantui. Apa yang aku cuba buat sekarang ini hanya umpama paksaan untuk menunaikan segala tanggungjawab yang telah di pertanggungjawabkan. Bukan seperti dulu dengan kerelaan hati. Semua yang di arahkan sekarang bagaikan beban buat aku.
Aku berniat selepas raya aku akan kembali mencari sinar untuk teruskan perkhidmatan aku tetapi bila tiba masanya, tidak ada apa pun yang berlaku. Sama sahaja tanpa sebarang perubahan. Kadang-kadang aku tertanya pada diri sendiri, betul atau tidak tindakan yang aku ambil selama ini? Mungkin juga akan ada perkara-perkara baik atau sebaliknya akan terjadi? Apa keputusannya, itu terpulang pada usaha yang aku ambil sebelum ini.
Mungkin apa yang terjadi kebelakangan ini membuatkan aku berfikir. Segala apa yang aku usaha selama ini kelihatan sia-sia di pandangan aku, pandangan orang lain aku tidak pasti. Mungkin aku terlampau mengejar kesempurnaan yang aku sendiri tidak tahu "bench marknya" atau dengan kata lain aku mengejar sesuatu yang tidak pasti. Jika betullah, alangkah membuang masanya aku dikala masa itu sangat penting dalam segala hal.
Aku mohon segala petunjuk yang ada. Terima kasih pada yang masih memberikan keceriaan pada aku dan masih memberi semangat apda aku.
No comments:
Post a Comment