Geng-Geng

Tuesday, April 19, 2011

Aku dapat udara baru

Hari ini aku bermula dengan kejadian yang mula-mula aku sakit hati then dia bertukar kepada puas hati. Nak mengumpat kejap. Hari ini kami pakat satu ofis untuk kenakan sorang ni. Kami pakat ramai-ramai tak nak ambik kunci pejabat. Bukan apa, ada sorang ni, dia jenis tak mahu amek kunci pejabat walaupun dia datang awal. Dia sanggup tunggu depan pintu sampai orang seterusnya sampai, kekadang tu, ada sorang brader tu, baru je sampai dia dah soroh turun balik untuk amek kunci. Padahal si seorang ni memang lalu situ, apa salahnya tengok samaada kunci sudah diambil ke belum. hari ni, kami semua puas hati. Ok cukuplah dengan ngumpat-ngumpat ni.
sumber : carian google
Kembali pada tajuk. Aku dapat udara dan semangat baru, aku dah mula satu kerja yang boleh dikatakan baru .Walaupun tak lari jauh, tapi aku still akan dapat benda baru dan keadaan baru. Kerja-kerja lama yang aku buat sebelum ni, aku dah serahkan kepada unit lain. Bukan sebab aku tak mampu nak buat, tapi ini arahan dari pihak atasan. Meh aku terangkan, aku sekrang duduk di unit yang menjaga projek-projek tengah, iaitu projek dari wilayah persekutuan, Selangor dan Pahang. Aku ditugaskan untuk membantu para-para bos dalam team projek Pahang, antaranya lah. Disebabkan beberapa faktor yang memang tak boleh nak dielakkan, projek Pahang terpaksa diserahkan kepada unit timur. .....itulah ceritanya, paham tak?? kalao tak, sila email aku ...keke

Tepat jam 3.30 petang tadi, aku telah mendapat arahan pertama. Seronoknya. Aku punya la pening pale dari minggu lepas, yelakan kerja yang dah 3 tahun aku buat dah serah pada orang lain, abis tu aku bak buat apa?? Ok aku tipu, padahal aku gembira yang amat. Nak tau apa kerja aku sekarang ni, aku telah dimasukkan dalam team Sabah n Serawak, 2 negeri yang baru diletak dalam seliaan unit aku ni.. Bos aku belum tau lagi siapa, tapi aku dapat bajet, mestilah bos-bos aku dulu yang jaga projek Pahang. Pape pun, aku gembira dengan perubahan ni. Mana tau kalau-kalau ada rezeki, ada gak can nak berjalan ke sana. kan kan. Bos sila pertimbangkan saya untuk ke sana boleh??/ ...

1 comment:

Unknown said...

ada jugak jenis cam tu ye..dtg awal tak nak amik kunci..hoho

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com