Geng-Geng

Monday, April 11, 2011

Motivasi Duit 100

Kisah ni aku terbaca dalam email aku. Di kirim oleh seorang teman pada aku. Sangat berguna so aku pun decide untuk share dengan kawan-kawan blog. Harap dapat berkongsi serba sedikit ilmu. Maaflah jika ada yang mengatakan aku meniru atau sebagainya, tp percayalah, bukan itu maksudku. Kalo sebelum ni ada yang dah keluarkan cerita begini, maaf jika kesamaan berlaku. So sama-sama kita hayatinya..

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, "Siapa yang nak duit ini?". Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat. "Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu."Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi,"Siapa yang masih mahu duit ini?" Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang."Baiklah," jawabnya, "Apa jadinya bila saya melakukan ini?" Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk."OK, sekarang masih ada yang berminat?".Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak. "Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan. Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Amacam menarik tak?? Pada aku ianya sangat berguna. Dalam dunia blog pun sama, so jangan cepat berputus asa, teruskan berusaha. Gagal sekali xbermakna gagal selamanya dan berjaya hari bukan bermakna akan berjaya selamanya. Wah dasyat betul ayat. So selamat beramal...keke

ps: kredit pada empunya email.

4 comments:

Zue Sancer said...

http://onlymezue.blogspot.com/2011/04/contest-sebelum-dan-selepas.html

jom join contest ni. kite cari topap sesame nak?

Bunga said...

suker entri ini..tapi mybe lau bunga kat citu bial dah pijak2 mybe bunga dah xangkat tangan..heheheh..

pe pom mmg kisah ini bg pengajaran..

BRO_MONDAY said...

bro dim : ai dapat apa yam yu cuba sampai kan ni...('',) tengkiu geng...ai laik dis... apa pun jangan berputus asa...apa pun terjadi kita tetap kita...so, terus kan lah berusaha...

Redbloodsnow said...

yup betol tu dim. jgn cpt putus asa kan. usaha lebih keras lagi :D

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com