Geng-Geng

Tuesday, April 12, 2011

Sape cakap keja kerajaan best???

Sapa yang kata macam tu mesti belum pernah merasai kerja sebagai kakitangan awam. Untuk mengukuhkan apa yang aku kata, ada aku intiview pendek seorang yang dulunya bekerja sebagai kakitangan awam. Hasilnya, selain dari kata gaji kecik, dia kata kerja kerajaan ni boring sebenarnya. Sepanjang aku kerja ni, banyak dah pengalaman yang aku dah dapat. Aku tak taula orang lain macam na, mungkin ada yang sama, dan mungkin juga aku sorang je yang rasa macam tu. 

Yang pertama, bab nak mintak tolong, memang susah, semua pun akan cakap xtau ataupun banyak gila alasan dibagi. Padahal si dia belum mencuba/mencari lagi dah ckp tak tahu. Adehh mula-mula dulu memang aku rasa bengang, tapi sekarang dah biasa. Yang kedua, kalo bab-bab tugasan, memang seorang pun tak akan sukarela untuk terima. Lagi ditolak lagi ada. Biasanya budak yang nampak rajin or boleh buat kerja akan disuruh untuk buat. Kalo boleh semua kerja pun nak dibagi pada beliau. Aku bagi contoh, seorang pembantu tadbir aka kerani hanya buat satu kerja iaitu merekod surat masuk, bukan tak diberi kerja, tetapi banyak alasan diberi. Bayangkan, laporan punch kad bila disuruh buat cakap tak tahu, then dia pulak yang arahkan seorang Jurutera untuk buat, pelik kan? Itulah dia kejadian yang berlaku kat sini. Selain yang dua tu, ada juga yang pelik, yang tahu mengarah je, bagi cadangan pelik-pelik, tapi perlaksanaannya, orang lain yang buat, dia kunun-kunun ada kerja lain. Itu belum kes tikam kawan dari belakang.

Satu tips yang aku dapat dari otai, katanya "ko jangan tunjuk pandai sangat, nanti ko je yang kena buat". Memang betul apa yang dia katakan. Aku sendiri alaminya, sekarang aku lebih banyak kerja berbanding dengan orang lain (poyo je). Kalo dulu aku di swasta, memang berebut nak buat kerja sebab nakkan prestasi lebih baik. pelik kan?
sumber : carian google

Itulah dia semua yang aku fikir dan rungutkan masa mula-mula aku di perkhidmatan awam. Tapi sekarang aku dah mula faham, apa yang diorang buat tu semua merugikan. Kalo kita terus merungut dan tengok kesalahan orang lain, sampai bila pun xkemana. Apa salahnya kalo kita saling tolong menolong dalam pekerjaan. Biar banyak kerja coz kita boleh belajar. Tak selamanya kita nak duduk kat satu tempat je. 

Memang kalo kita tengok jangka masa pendek, ada yang best dan ada jugak yang xbest kerja di perkhidmatan awam ni. Kalo tengok jangka masa panjang, alhamdullilah .Kerja kat sini memang banyak kelebihannya, kalo nak senaraikan, penuh page pun xcukup. Bak kata orang, kalo kerja perkhidmatan awam ni, nak hidup mewah tu xdalah, tapi setakat nak sara keluarga tu insyaAllah xda masalah. Persekitaran tempat kerja yang menarik bergantung pada diri sendiri, bukan pada orang lain.

Pada aku kerja kat mana pun sama je, ikut diri kita sendiri sebab kita yang menentukan samaada tempat tu best ke tidak. Setuju??

10 comments:

faizal hashim said...

sabar je la....kalau mcm tu jd la usahawan..baru bleh arah orng lain buat keje..huhu

SyahNas80 @ Nana said...

huh memang pun.. akak staff kontrak kat salah satu jabatan kerajaan.. ermm.. byk akak tgk.. dorang ni suka salahkan orang lain.. pastu kalau kite ni rajin n cepat buat keje..kite je ar yang kene..dapat nama dorang.. yang susah payah kite..

ermm tapi alhamdulillah ar group akak skrg ni bagus hehe.. bersyukur sangat buat keputusan untuk beralih arah hehe..

Bunga said...

betul..bunga pun kakitangan awam..begitulah..sebab semua hanya nak buat pe yang dalam senarai tugas sahaja..sbb lau kita tunjuk kita tau semua kita yang kena buat..

abg bunga pun pernah pesan cam tu kat bunga time first dapat tawaran keje ni..hehehe

Redbloodsnow said...

pssttt..at least ada pencen time di hari tua...kehkehkeh. lariksss :D

Danial Marzuki said...

@faizal Hashim
boleh kalo nk arah2,kena jadi bos la...

Danial Marzuki said...

@syahnas80@Nana
tulah kak, skg ni sy sgt tertekan...tp terpaksa buat, keke

Danial Marzuki said...

@bunga
kalo nk buat yg dlm senarai tugas xpa, ni nk buat satu keja je, yg lain suma xmo..

Danial Marzuki said...

@zie
2la, memang kalo keja ni, masa tua nant insyaAllah senang sikit..

Amylea Jolie said...

mmg ar dim..dr mula aku masuk dulu, akak aku dah pesan, nk kije gomen ni rilek2 jekk..xyah nk tunjuk pndai sgt..once kita expert satu kerja tu, abis le..dr 1st day masuk smpai la keluar org akn cr kita untuk buat kerja tu..sumtimes, smpai dah kuar dr department lama pon org cari via phone call semata-mata nk tnya kerja yg kita expert buat tu..silap ari bulan, kita je yg buat, yg kurang mahir tu duk membongkang buat taik mata atau main game jekk..aku dah alami dim oi..menyesal lak aku..kerja penolong pengarah pon aku buat..tobat dah lepas ni x nk buat serba tau dah..rileks2 je laa..xde kerja menyorok bwh meja..bior org x yah asyik target aku jee..(@_@)

belogkiter said...

lah ye ke. ingat kan best.. akak ni keje swasta bagai santan gamaknya di perah perah

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com