Salam pagi dari aku, sebelum memulakan bicara, kita imbas balik kejadian yang yang berlaku semalam dimana pasukan bola sepak kita telah berjaya Mara ke pusingan seterusnya dalam Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia. Tahniah buat pemain-pemain negara kita walaupun semalam kita terkalah, tak tahu sebab apa, samaada memang pemain kita hilang fokus atau mutu pengadilan yang kurang efesyen. Tapi tak apa, yang penting kita menang.
Blogwalking tak perlu?? itu apa yang aku rasa masa mula-mula aku berblog. Mungkin disebabkan kurang pengalaman atau sebagainya. Masa tu bagi aku, aku cuma akan terjah blog yang aku kenal je, yang tak kenal, ianya akan datang sendiri. Setelah aku amati, aku kembali semula kepada tujuan asal aku berblog. Mungkin lebih senang aku katakan, blog sebenarnya untuk orang baca. Tp tak akan kita nak harapkan orang baca blog kita je? ingat blog kita ni best sangat ke ? Mestilah kita kena juga terjah ke blog orang. Sebenarnya banyak kelebihan kalau kita rajin berblogwalking.
Jom aku kongsikan antara kelebihannya bw ni :
1. akan dapat mempelejari selok belok ilmu penulisan
2. akan dapat berkenalan dengan blogger lain
3. banyak tutorial untuk memantapkan blog
4. isu semasa senang untuk di ikuti, tak percaya?try bw, kekadang tu lebih cepat dari media sediaada
5. muingkin juga, akan dapat income tepi...keke
Banyak lagi sebenarnya, kalau nak aku senaraikan mungkin tak cukup. Apa kata korang try blogwalking sebanyak-banyak yang boleh. InsyaAllah akan berlaku kelainan pada blog korang.
3 comments:
dapat merapu..ehee
btul tu..dpt hlangkn stress.tq
betul tu. setuju. cuma kdg kdg bz lah nak blogwalk kan.
Post a Comment