Hari ahad yang lalu, aku dan geng geng dari jkr pergi mendaki bukit Broga. Memang mencabar bagi kami. Walaupun laluan boleh di katakan agak mudah tapi untuk kami yang jarang dan tak pernah mendaki mana-mana bukit, terasa sangat penat dan meletihkan sehinggakan ada di antara kami terpaksa menyerah kalah. Biasalah dah tua-tua ni jarang bersenam, asyik bekerja je, nama je kerja bahagagian kejuruteraan, tapi banyak je menghabiskan masa di pejabat.
Kami berkumpul di tempat yang dijanjikan jam 4.30 pagi. Aku ingatkan akan ada yang lewat tapi semua orang pun bersemangat waja. Boleh dikatakan semua orang pun sampai tepat pada waktunya. Lebih kurang jam 5 pagi kami bertolak ke Semenyih, singgah di Petronas untuk solat Subuh then baru teruskan perjalanan. Sampai je di kaki bukit, meriah betul aku tengok. Dah ramai yang sudah mula mendaki, suasana ketika itu masih gelap gelita, lampu suluh menjadi peneman. Pada awal mendaki, laluan mendaki agak landai tapi cukup untuk menguji kami yang jarang bersenam ni. Kaki aku menjadi sangat tegang, tapi aku gagahkan juga, begitu juga geng geng yang lain. Tak apa, cerita selanjutnya biar gambar je ceritakan.
Ps: gambar di tangkap sendiri dan menggunakan kamera sendiri sebab tu telah di tag.
7 comments:
bro dim : yeah!!! smalam ai dah usha sikit pic yu kat FB tu ha...terbaik..aktiviti yam amat best!!! walopun ai masih blom berpeluang nak panjat bukit tu lagi...
salam kenal dari MDT :)
memang best view atas ni..last time dah naik dan rasa mcm nak naik atas lagi..
errr..buaian dr. SMS tu masih ada lagi kah??? :)
tringin lak
nak jenguk broga ;)
~Bro Monday
best o atas sana, nanti boleh plan ke sana..
~makdara Terdiva
salam kenal juga...buaian tu xpasanlah, sibuk bergambar..pastu orang pun ramai gila...
~ahfantasy24
dah teringin, apa tunggu lagi, teruskan je planning..
broga hill syiok !~
Post a Comment