Sebenarnya dari semalam hati aku ni rasa tak tenteram je. Entahlah sebab apa, nak pergi breakfast pun rasa macam malas je. Rasa macam tak ada mood je. Tengok kerja yang telah sekian ada berlambak ni lagilah malas aku buat. Mungkin sebab aku dah bosan dengan keadaan aku sekarang ni. Tapi tak baik pulak aku nak cakap macam tu, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
Pagi ini nasib ada benda yang membuatkan kekosongan jiwa dan ketidak ketenteraman jiwa aku ni kembali tenang. Rasanya semua pun dah tahu apa kebendanya. Macam yang pernah aku cakap masa mula-mula aku berblog dulu. Tak apa, mehh aku rewind balik tujuan asal aku berblog. Sebenarnya, aku berblog ni untuk mengisi kekosongan yang aku rasa masih ada sikit dalam hidup aku. Entahlah macam yang aku rasa sekarang ni, setakat ini belum ada sesiapa atau perkara yang boleh mengelakkan aku dari rasa macam tu. Sehinggalah aku ada blog, sekurang-kurangnya aku macam ada tempat untuk aku meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati atau ingin berkongsi cerita.
Setengah orang lebih suka beriadah bersama teman atau sebaliknya. Aku pun suka dan mungkin lebih seronok bila ada seorang atau lebih kawan baik. Segala apa pun boleh dikongsikan bersama. Tapi sejak akhir-akhir ni aku jadi sangat tertekan dan tak sedap hati. Bukan apa apa pun sebenarnya cuma aku terkilan sikit je, ingat kawan baik boleh berkongsi apa sahaja, tapi dia jadi sebaliknya. Mungkin itu cuma andaian dan teremosi aku sahaja. Maaflah jika ada yang terasa. Cuma aku ni jenis tak suka bila dia/ kawan baik or biasa, tikam kita dari belakang. Tak kiralah dengan cara halus or kasar, tikam tetap tikam. Aku ni jenis biarlah orang buat kat kita, asal kita jangan pulak buat pada orang. Teruskan je hidup macam biasa, cuma aku dah ingatkan diri aku supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.
4 comments:
biasa la.....
lumrah hidup...
kita ni jgn berpecah...
:)
bro dim : betul..biar oram buat kite asalkan kite x buat oram...('',)
~KSP
itulah dia, kena banyk bersabar
~Bro Monday
betul, jom sama2 kita amalkan.
Post a Comment