Pejam celik pejam celik, dah hari khamis. Rasanya kejap je dah sampai hari khamis, rasa malas yang hari isnin temph hari pun tak hilang lagi. Dasyat masa sekarang ni, sekejap sahaja walaupun kekadang tu atas kertas kita tengok sangat lama. Aku tertarik dengan kata-kata dari bos aku, katanya kita semakin dekat dengan kematian dan semakin jauh dengan kehidupan di dunia. Hebat kata-katanya membuat kami yang dengar terdiam dan berfikir.
Hari ini aku datang kerja dengan mood yang boleh tahan. Hopefully tak akan ada pape yang boleh mengganggu emosi aku pagi-pagi buta ni. Maaf jika entri aku sebelum-sebelum ini sangat beremosi, bukan apa buat masa sekarang ni, bloglah tempat paling best aku berkongsi cerita. Mungkin buat masa ni, aku lebih mempercayai blog dari yang yang bernyawa. Keke biarlah aku simpan je cerita tu.
Malam ni merupakan penentuan kepada pasukan bola sepa kita, harap mereka-mereka itu akan berusaha bermati matian dan membawa khabar berita paling gembira pada seluruh rakyat Malaysia. Tiket stadium sudah penuh sepenuhnya. Ramai yang datang lewat tidak dapat membeli tiket perlawanan itu. Tak mengapa, banyak lagi saluran yang boleh kita tonton perlawanan itu.
Hari ini apa aku nak makan untuk breakfast ye?? Macam aku kata dalam entri aku sebelum-sebelum ni, makan merupakan terapi paling berkesan untuk aku. Sebesar mana masalah or tekanan boleh aku lupakan dengan makan. Time makan aku merupakan masa yang aku tak akan berfikir pape pun, sekaligus boleh mengurangan stress. Ok aku nak turun pergi makan ni, jom kawan-kawan.
3 comments:
yeay, mlam nih along jerit lagi 'GOAL'
hallo incik dim...im back!!!!!
hehehhee :)
hallo incik dim....im back!!!!!!!!
hehehehhe :)
Post a Comment