Hari jumaat aku bermula dengan sangat baik. Walaupun aku bangun lewat untuk ke tempat kerja tapi semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Alhamdulillah sebab aku berjaya mengharungi segala rintangan walaupun bukanlah sesempurna mana. Sejak akhir-akhir ni banyak benda yang menggangu emosi aku, rasanya agak lama juga aku tidak beremosi begitu. Sampaikan ke FB pun aku ber emosi. Di kesempatan ini, nak ucapkan sekali lagi maaf kepada semua yang mengenali aku dan juga yang membaca blog aku. Mungkin ada waktu dan ketika sebelum ini aku terkasar bahasa atau mungkin tidak mengendahkan sesiapa, maafkanlah aku. Mungkin penulisan aku di blog mungkin membuatkan ada yang terasa atau sebagainya tapi percayalah apa yang aku buat hanya sekadar berkongsi, bukan untuk menjatuhkan sesiapa.
Kembali pada tajuk walaupun akan lari sikit. Biasalah tu bagi aku. Malas untuk update. Aku highlightkan je benda yang penting dan yang nak aku ceritakan dalam entri aku hari ini. Selamat membaca....
1. Tadi masa kat masjid, aku terjumpa dengan seorang kawan blogger. Rasanya memang tak asing lagi. Beliau ni seorang yang ramah, seronok berkawan dengan beliau. Aku mula-mula memang agak pelik sebabnya tempat di kerja di Bangi. Selepas bersembang 2 3 kerat, barulah tau. Cakap banyak pun tak gunam, Jom terjah Blog beliau di SINI.
2. Aku nak ucap selamat hari lahir pada member aku sorang ni. Aku kenal ngan dia di pejabat. Baik orangnya dan dia juga orang Ipoh. Dekat pulak tu dengan kampung aku. Nama dia Mirza Syafiq, Selamat Hari Lahir....Moga murah rezki dan dipanjangkan umur...<---harap2 dia baca... apa kena mengena ngan cerita hari jumaat aku?? meh aku ceritakan sebab tadi dia belanja kitorang semua makan ais krim..best woo...keke
2 comments:
1st time baca. nice...
~zu, thank sudi singgah...
Post a Comment