Aku ok je, pengalaman aku sebelum ni yang membiasakan. Dah terbiasa, mungkin ada yang mengata aku manja sebab masih tinggal dengan keluarga sekarang ni. Aku tak kisah sebab mereka itu bukannya tahu apa yang dah aku lalui suatu masa dulu. Lagipun mulut manusia bukan boleh ditutup, alamak maaflah agak kasar bunyinya. Aku sendiri pun kekadang terbabas juga, walaupun aku ni jenis suka bergurau, tapi tak adalah sampai nak menjatuhkan or memburukkan orang.
Terasa sunyi kekadang bagus untuk diri kita. Ianya membuatkan kita berfikir dimana kekurangan dan kesilapan kita. Hari biasa pun boleh kita berfikir begitu tapi jarang kita nampak. Bila kita bersendirian dan terasa sunyi, senang senang kita fikirkan.
Lepas berfikir, jangan pula kita buat tahu dan ulang lagi perkara yang sama. Sebaliknya cuba fikirkan jalan penyelesaianya. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak mulut buruk padahnya (betul ke pepatah aku ni?). Tapi aku percaya, setiap salah yang kita buat, pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma mungkin penyelesaiannya bukan seperti yang kita harapkan. Dan ianya juga bergantung pada diri kita juga, sebab orang lain cuma boleh menasihat sahaja.
Published with Blogger-droid v1.7.4
1 comment:
Bestnya.... Tenang jiwa tgok langit ....
Post a Comment