Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama berpuasa bagi semua umat islam di dunia. Aku harap hari ini akan lebih ceria dari hari-hari sebelumnya. Biasalah jika ada masalah sikit-sikit, sebagai manusia kita kena tabahkan hati mengharungi semua tu. Lagi banyak dugaan lagi banyak sebenarnya kejayaan yang menanti kita.
sumber:carian google
Sebut mengenai kejayaan ni, sekarang ni aku dengar ramai lepasan SPM or matriks dapat offer untuk sambung belajar di IPT termasuk adik aku, Yana Cyne. Tahniah buat dia dan aku harap dia belajar betul-betul, jangan hampakan harapan keluarga.
Berkenaan dengan sambung belajar ni, aku ada masalah sikit dengan satu isu ni. Aku rasa isu ni dari zaman aku belajar lagi aku dah dengar. Isu men "double" standardkan tempat belajar. Kununnya kalau belajar dengan tops universiti kat Malayasia ni, kunfum ko akan berjaya di masa akan datang. Alamak dasyat betul tanggapan yang macam tu. Ada pulak, kat tempat kerja aku ni, katanya, belajar dekat situ, patutlah slow je. Adehh kemonlah.
Bagi aku, di mana kita belajar itu tidak penting, yang penting diri kita sendiri. Kalau kita betul-betul usaha, pasti akan ada hasilnya. Tak perlu rasanya nak membeza-bezakan. Sapa kata belajar tidak di tops universiti tak boleh berjaya? ramai je yang aku tengok boleh berjaya. kat pejabat aku ni, ramai je yang sudah berjaya bergelar jurutera, kira dasyatlah tu kan. So mulai hari ini, aku harap tidak ada isu ini lagi, belajar dimana bukan isunya, tapi kesungguhan seseorang itu yang menjadi ukuran.
3 comments:
setuju ! neway ak smbung kat unimap . jauh di perlis tuh . huhu .
Betul3.. sekarang pun, dah trend dah orang kata sekolah asrama tu lagi baik dari sekolah biasa. padahal, yang buat pelajar tu beza ialah usaha dorang sendiri. apa lah nak jadi minda manusia ni.. huhu
Rezeki setiap orang telah di tentukan oleh Allah...Selamat berpose...:d
Post a Comment