Aku teringat waktu aku kecil dulu, masa tu aku di kampung, atuk aku selalu paksa aku makan sahur. Katanya, untuk memudahkan aku mengharungi dugaan sepanjang hari. Aku dulu memang tak suka nak bangun sahur, nanti mesti dah tak sempat nak tidur. Atuk punyalah sayang pada aku, sanggup bawakkan air milo kat tempat tidur, nak juga aku minum sikit. Katanya lagi, kalau tak mahu makan pun, minum air milo ni, sekurang kurangnya, ada tenaga nanti. Benda ni sampai sekarang pun aku amalkan, paling paling tak mahu makan pun, bangun minum air saje.
Published with Blogger-droid v1.7.4
2 comments:
along tersangatlah manja! dengan atuk, x aci
Baiknya atuk.. Rindu kat arawah atik saya.. :)
Post a Comment