Salam petang ramadhan dari aku..
Alhandulillah, dah separuh hari aku berpuasa. Dugaan tu biasalah, hari pertama berpuasa. Macam-macam gelagat aku tengok hari ini, ada yang tersasul ajak pergi minum, ada juga yang sengaja-sengaja ajak. Tapi tak apa, itu semua gurauan untuk menceriakan suasana puasa. Aku lebih suka kalau kita berceria di waktu puasa ni dari kita dok lemah je memanjang, tak pun tido. Sekurang-kurangnya kita sebagai orang dewasa boleh tunjuk teladan yang puasa ni bukanlah susah mana.
Petang ni aku nak kongsi sikit kenakalan aku semasa kecik-kecik dulu. Yela waktu mula-mula nak belajar berpuasa. Banyak ragam, aku waktu kecik dulu tinggal bersama atuk di kampung. Memang meriah saje waktu berpuasa ni, memandangkan waktu tu, Ipoh masih lagi ada susasana kampung, keke.
Ingat lagi waktu aku kecil dulu, aku selalu curi minum air waktu siang hari. Tapi yang cerdiknya aku, aku bukan curi minum air paip ke, or air masak ke, tapi aku terus buat air sirap. Dulu rumah atuk aku, mak cik-makcik aku selalu bawak balik kordial bermacam perisa. Memang terbaik masa tu, aku selalu curi-curi minum air. Aku tak tahulah yang mereka semua perasan atau tidak sebab setahu aku tak ada sesiapa yang sedar. Waktu tengahari semua orang tidur.hahaha.
Itu satu hal, yang waktu berbuka pula ada ceritanya. Aku dulu ada juga berbuka di masjid. Biasalah rumah kat belakang masjid, memang semua orang masjid pun kenal. Aku selalunya memang antara muka yang amek bubur lambok terbanyak, keke. maaflah orang-orang kampung tapi aku dan family aku tak membazir, mesti habis punya. Yang nakalnya aku masa tu, aku lepas je kenyang berbuka, terus balik rumah. Solat terawih ke pape memang terus di lupai, keke nakal betul masa tu.
Memang tak boleh nak di lupakan kejadian-kejadian tu. nasib sekarnag aku sudah tidak begitu. Biasalah masa tu aku budak kampung biasa je, nakal-nakal lagi. maafkan aku jika ada terguris hati atau pape sekalipun. Selamat berpuasa.
3 comments:
nakal nyer awk nie...sy pon pernah curi2 minum..ingat lagi time tu dh kul 4 ptg ... =)
haha.. bila jadi budak-budak ler seronok.. takde sape nak marah.. :D
haha.. bila jadi budak-budak ler seronok.. takde sape nak marah.. :D
Post a Comment