Salm pagi semua, rasanya lama dah aku mendiamkan diri, bukan apa, keadaan di pejabat ni makin lama makin sibuk pulak. Nak kata sebab bos baru, tak jugak, mungkin orang dah mula nampak apa yang selama ni aku buat. Tapi tak jugak, apa je yang aku buat, haha. Aku tetap bersyukur dengan ketentuannya. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Dan satu lagi ini yang kawan blogger aku cakap pada aku supaya sentiasa berpegang pada kata-kata ni, semakin banyak dugaan yang kita hadapi semakin dekatlah kita dengan kejayaan tu. Memang terbaik kata-kata dia, InsyaAllah kalau ada keizinan dari DIA, apa yang kita buat akan dihargai dan mendapat kebaikan, yang penting, perlu ikhlas dengan apa yang kita buat.
sumber:carian google
Sebut pasal kerja ni, pagi tadi jalan raya agak lengang. Seronok je pergi kerja walaupun aku keluar rumah agak lewat dari kebiasaan. Biasalah uruskan adik-adik, mak ayah balik kampung ada urusan penting, terpaksalah aku sebagai abang memangku tugas uruskan adik-adik yang semakin membesar ini. Kembali pada jalan raya, mungkin ada juga yang belum perasan kenapa jalan raya agak lengang. Sekarang cuti sekolah sudah bermula, semua orang yang ada anak tak perlu keluar awal atau sebagainya. Tak ada pape pun yang perlu dikejarnya melainkan waktu punch kad kat ofis, keke. Dekat ofis pun lengang sebab ramai je yang amek cuti. Biasalah semua tu, masa ni lah pun nak balik kampung ke, nak berjalan ke, baru meriah sebab semua pun cuti.
Buat masa ni, ini sahaja dari aku. Nanti insyaAllah kalau ada keizinan, aku tambah lagi entri aku akan datang. Ok aku nak keluar beli makanan, kang kalau lapar, macam na nak bekerja. Asyik dok terfikir makanan je. Oklah kawan-kawan semua, pada yang berkerja tu, selamat bekerja dengan sepenuh hati dan keikhlasan. Yang tengah bercuti, rehatlah dengan sepuas hati tapi jangan lupa hulurkan sedikit bantuan pada mak ayah.
4 comments:
Yes....esok cuti 3 ari...
as salam..
▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
hoho~ dugaan~
betul. asalkan kita sentiasa beringat, Dia sentiasa bersama kita.wah! quote kawan blogger hang tu memang berasas! ha! mengalaminya~
apa2 pun, sementara mak ayah takde kat rumah, tengok adik2 tu. al maklum la..macam2 ragam kan.. hehe. jangan lupa makan. dan berhenti makan sebelum kenyang. hehe~
jom berbalas singgah menyinggah berkongsi ilmu, pendapat dan cerita ;)
Entri terbaru :
kerap melayari internet boleh menyebabkan penyakit arthritis
terima kasih..huhu~ =)
amboi,seronok abg dim sekarang ni ye.huhu =)
mmg agak lengang tapi balik jer keje jemmmm,,
Post a Comment