Wah tajuk entri macam bengang je, tapi korang janganlah fikir bukan-bukan pulak. Tak ada pun nak ngumpat or mengata sesiapa, mungkin sebagai peringatan ataupun mungkin sekadar berkongsi. Pape pun terima kasih kepada yang sudi membaca. Sebelum aku memulakan entri aku, aku baru je lepas ber 'dinner' dengan meriahnya. Korang nak tengok gambar, meh KLIK SINI. Dinner biasa2 je, aku share dalam blog aku ni pun untuk kepuasan sendiri, harap korang sudilah singgah dan baca ye.
"Ke laut pulak ko ni", itulah perkataan yang selalu aku ungkapkan bila kitorang ada perbincangan then tetiba topic agak tersasar sikit. Tapi biasalah aku ucapkan bukan serius pun sekadar hiburan. Kalau ada yang terasa ke pape, terpaksalah aku memohon maaf ke pape. Kekadang aku jadi sangat pelik dengan manusia ni, bila dia bergurau lebih-lebih, kita langsung tak amek hati tapi bila kita yang bergurau, kemain lagi dia amek hati. Siap ugut mengugut lagi. Mulalah ungkit mengungkit dan sibuk dengan status dia sebagai otai, kununlah. Bagi aku kalau nak bergurau, memang perlu kena caranya, tapi kena gak tengok diri kita dulu, kita kena boleh terima gurauan dari orang dulu baru kita bergurau dengan orang. Faham tak? ok kot rasanya.
gambar : gambar menyerupai Seth Tan ini sekadar hiasan
Wah aku pulak ke laut. Kembali pada tajuk, aku paling tak suka kalau orang cakap belakang-belakang ni. Kalau rasa aku salah or pape pun, meh cakap kat depan aku, jangan cakap kat belakang aku. Aku ni jenis kalau orang cakap kat belakang ni, aku tak amek port sangat. Peduli apa kan, tapi kalau aku salah, cakap lak kat belakang aku, macam nalah aku nak perbaiki diri aku yang lemah ni. Aku rasa bukan aku je yang rasa macam tu, ramai pun tak suka kalau cerita kat belakang-belakang ni. Satu lagi kalau nak berterus terang ke, menyelesaikan masalah ke taupun tak puas hati ke, janganlah hantar sms or pesan pada orang or hantar surat, datang je direct depan-depan. Lagi senang nak capai kata putus. Tak percaya, korang cuba try.
6 comments:
jangan dilayan~
tak semua manusia mempunyai keberanian yang sama...nak ckap depan2 pun perlukan kberanian :)
betul2.. kalo tak puashati.. terus terang la.. tue lagi baik.. atq pernah gak buat entry pasal nie.. hehe
eemmm dari pgalaman aku...aku terus buang dia dari senarai hidup aku...kalau semua benda nak sensentap tak tentu pasal..baik jgn berkwn..kita pun kena muhasabah diri..maybe kita pun dah terover sudah..maybe kebaikan selepas apa yang dah terjadi..kita berhati-hati dengan semua orang....aku???...ada aku kisah???...yang penting klu face 2 face blh selesaikan masalah takpe..kalau ego kuasai diri??? mmg tak kemana..kita blh jumpa manusia begitu dimana-mana aje...ok...stay happy bro...
tengok sikap sesorang..ada yang suka terus terang..
ni aku nk ckp depan2..ko xde gaya langsung seth tan..harap maklum!! kehkeh..
Post a Comment