Tajuk memang agak menakutkan, bagi aku sendiri pun aku rasa nak jauhkan semua benda ni. Entri ni aku buat base on pengalaman aku dan juga pengalaman orang yang menceritakannya kepada aku. Tapi tak adalah sampai mendedehkan dan memburukkan orang, cuma secara luaran je. Sesiapa yang pernah cerita dan luahkan perasaan pada aku, jangan risau, aku ni bukan orang macam tu.
Kembali pada tajuk, antara dua ni, tidak dihargai dan mengkhianati kepercayaan kawan, mana lagi teruk rasanya??
gambar : bloglist aku (tak ada kena mengena dengan entri)
Tak mengapa mari aku huraikan lagi macamna rasa kedua-dua perasaan ni. Tidak dihargai. Cuba korang bayangkan, jika korang ada mengusahakan sesuatu dengan jayanya dan bersungguh sungguh, tapi korang tidak di beri kredit untuk benda tu. Orang akan kata apalah minta kredit pulak padahal kerja ikhlas. Memang aku akui bila kita memulakan sesuatu kerja, niat di hati memang ikhlas melampaui tahap super saiya ke empat, namun apa salahnya jika diberikan kredit atau sekurang-kurangnya ucapan terima kasih. Aku rasa perasaan akan jadi lagi bengang bila semua yang terlibat diberikan kredit tapi kita je yang tak dapat. Tak kira besar atau kecil sumbangan kita, tetap perlu dihargai.
Khianat kawan. Yang ni aku rasa memang perit. Yela seorang kawan tu, dah memang percaya dengan kita, segala hal pun di kongsi bersama tapi kita pulak buat "slek". Mungkin secara sengaja atau tidak. Kalau sengaja tu memang tidak dapat di elak tapi kalau tidak sengaja, perasaan tu memang jadi sangat tidak keruan. Sesiapa pun tak mahu kehilangan seorang kawan lebih-lebih lagi kawan tu sangat rapat dan sekepala dengan kita. Bagi aku, kawan ni segalanya, tanpa kawan sunyi hidup kita, bagaikan kain putih tidak bercorak.
Akhirkata, kedua-dua memang mengundang keperitan dalam hati kita. Cuma bagi aku, khianat kawan memang antara yang terkejam. Aku kalau boleh cuba elakkan perkara ni, namun kita ni manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Aku sangat berharap jika aku ada menyalahi sesiapa, harap ada peluang kedua untuk aku perbaiki diri. Tegur aku jika aku tertinggal dimana-mana.
Yang paling penting, sebelum pape, cuba tengok diri sendiri balik, cuba elakkan untuk melakukkan keduanya. Biar orang buat kita tapi kita jangan sesekali, insyaAllah akan ada kebaikan disebalik semua.
12 comments:
jum jadi geng aku!!
takpa..
itu semua pengalaman bgi kita.
pengalaman mendewasakan kita.
:)
aku dah biasa dah kena cam ko nie...baik sgt ngan org pun susah....so....jadi la tak berapa nak baik....nie semua pgalaman utk kita lebih kenal org dan berhati2 dgn sifat manusia....
wan memang benci kawan yg backstabbers.tikam belakang kawan.memang tak boleh blah.
sapa khianat ko tu..meh aku belasah..
~Ady budika
boleh je ady...tpkan memang dah geng..
~Ady budika
boleh je ady...tpkan memang dah geng..
~KSP
betul tu, adanya pengalaman baru hidup bermakna...haha
~Puan Salwa
thanks tuk nasihat, akan ku ingat
~Rozuan Ismail
serius, aku kalo ada yg mcm tu memang wat xtau je ngan dia..
~La Majid
wah garangnya, kuatnya ko nk belasah orang..keke
bro dim : ai selalu jugak mengamalkan sikap BERTERIMA KASIH x kira lah kepada sesiapa pun...kat jurutol pun ai selalu ucapkan, bila baki dipulangkan atau pun tidak ai tetap akan ungkapkan TERIMA KASIH...sekurang-kurang nya lega dan berbaloi jugak lah dia buat keje...('',) pasal khianat? takut jugak lah terjadi kepada diri sendiri..
Post a Comment