Sebenarnya dalam dua tiga hari ini aku sangatlah gembira. Ada aku buat entri mengenai perkara ni dua tiga hari lepas. Aku cakap ada dua perkara yang menggembirakan dan juga yang memeningkan kepala aku ni. Kita mulakan yang pening dulu, bak kata orang, biar susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Biasalah bila di alam pekerjaan ni, banyak sangat karenah orang yang perlu dilayan. Yang sorang macam tu, yang sorang lagi macam tu, memang pening. Kalau semua budak-budak memang aku rasa boleh tahan lagi tapi bila semua dah dewasa, susah nak handle. Tapi bagi aku, aku buat kerja mengikut arahan dan peraturan. Bak kata bos aku, bila kita buat benda yang baik dan mengikut peraturan, memaang akan ada yang tidak suka dengan apa yang kita buat. Itu lumrah hidup, yang penting kita kena selalu berpegang kepada ajaranNya. Memang peraturan dunia, manusia yang buat, boleh berubah tapi apa salahnya kita mendisiplinkan diri mengikutnya. Disiplin merupakan salah satu asas kejayaan.
Yang menggembirakan aku, akhirnya keputusan peperiksaan yang aku nantikan telah keluar. Keputusannya aku berjaya lulus. Itu sudah cukup membuatkan hati aku gembira yang amat. Lagipun memang syarat wajibnya, aku kena lulus dalam peperiksaan ni. Lupa lak untuk aku bercerita mengenai peperiksaan ni. Sebenarnya exam ini untuk aku sahkan jawatan aku dalam perkhidmatan awam ni. Alhamdullialah akhirnya aku berjaya, mungkin selepas ni hidup aku akan berubah, siapa yang tahu kan, yang tahu cuma DIA yang satu je. Kita cuma perlu berusaha dan terus berusaha ke arah yang lebih baik.
Di kesempatan ini aku nak ucapkan berjuta juta lemon terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi meminjamkan nota-nota lama, tanpa kalian sapalah aku. Tak lupa juga pada keluarga yang tidak jemu-jemu memberikan semangat dan sokongan kepada aku, bos-bos di tempat kerja aku dan semua yang mendoakan kesejahteraan aku di dunia dan juga di akhirat. Wah dah macam dapat anugerah besar pulak, keke. Tak apa, aku bersyukur..ada sesiapa nak belanja makan tak???
7 comments:
uits! lbtnya ko amik exam
Alhamdulillah...
Tahniah Bro...
alhamdulillah kalau dah settle
Alhamduillah..taniahh..:)
alhamdulillah...congrats dim :) cayalah!
bro dim : tahniah!!! ni exam jabatan...yam SUC yu amek kat dewan exam opis ai aritu dah dapat result ke???
Taniah Danial...Good Job tahun depan boleh naik pangkat.
Post a Comment