Geng-Geng

Sunday, March 27, 2011

Kedai Makan Mamak...

Ini entri ringkas dari aku, bukan sebab xcukp masa tapi sebab line internet pada kelajuan membanggakan. Korang semua suka makan kedai mamak?? Aku percaya ramai je yang suka dan ada jugak yang xsuka. Yang xsuka tu, masing-masing dengan alasan tersendiri, ada yang sekadar boleh minum je, makan xboleh.Tapi ada juga orang aku tengok terlalu sensitif dengan kedai makan, bukan dengan kedai mamak je, maksud aku, xboleh salah sikit, mulalah dia kutuk or xpergi kedai tu. Ala kekadang tu, kita masak sendiri pun ada juga kekurangannya. Tapi itu isu lain. Hari ni aku nak cerita mengenai kedai mamak. Bagi aku banyak kelebihan dari kekurangan. Kekurangan tu korang pikir lah sendiri.
Kenapa aku suka ke kedai mamak, meh aku kongsikan. Satunya, korang cakap je korang nak makan apa. Diorang mesti boleh sediakan. Pernah sekali tu, aku singgah satu kedai mamak masa nk balik kampung, aku teringin nak makan mee kari. Aku pun order la, sekali datang dia guna kari ayam buat kuah mee kari. Kemain pekat lagi kuah dia. Nasib rasanya boleh tahan, xtaulah macma na dia edit kuah tu.Yang kedua, kebanyakkan kedai mamak ni open 24jam, dan senang nak cari coz banyak. so xlah susah nak cari kedai makan.Memang xmengecewakan pun. Kalo kedai lain, kekadang ada je tutup pada hari2 tertentu. Yang ketiga, servis dia memang terbaik. Kalau nak amek order tu, cepat je, xlama tunggu makanan sampai. Tapi ada juga yang lambat, mayb sebab orang ramai or orang baru ke.Pernah skali aku g makan kat nasi lemak jalan 222, baru je duduk, kemain keliling dartang untuk order. Sampai marah aku dibuatnya...macam2. Kalo dari segi masakan,ada juga yang boleh tahan rasanya. Kagum dengan kedai mamak sebab boleh buat mee goreng hanya guna telur n rasanya boleh tahan jugak..Selain tu, kalo nak lepak lama2 pun xda hal, janji order minum, gelas kecik pun xpa. Kalo kedai makan lain, mula gunakan macam-macam teknik. Banyak kali lap meja dan tanya nak makan pa, lepas tu, sengaja pusing2 kt meja kita tu, then mula pandang2. Aku teringat masa muda2 dulu, satu kedai ni, customer xbyk, msa tu tgh layan world cup, owner kedai ckp bayar dulu lepas tu tengok la, sekali lepas setel bayar, dia tutup tv...adeh kecewa kejap aku masa tu..

Tulah kelebihan kedai makan mamak ni, tapi bukanlah aku kata kedai makan lain xbagus.Biasalah lumrah manusia, sebaik-baik pun tetap akan melakukan kesilapan. Satu je tips yang aku kerap gunakan bila makan luar, jangan selalu tengok or perhatikan bila tukang masak or pelayan tu buat kerja, takut kang ternampak benda2 xsepatutnya. Yang paling penting, makanan kita xda pape...keke  

No comments:

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com