Geng-Geng

Tuesday, March 15, 2011

Public transport

Hari ni aku naik public transport ke ofis. Dah lama xnaik abis basah baju aku ni dengan peluh coz kena jalan jauh ke ofis. Sebelum tu, kenapa aku naik bas?? nak support seruan kerajaan ke? aku sendiri tak sangka yang sebenarnya aku ni seorang yang tabah dan menyahut seruan kerajaan. Okey aku tipu ye tadi. Aku naik bus coz kereta aku ada problem skit dengan fuel pam (pelampung). Tanda-tandanya, meter minyak selalu naik turun, n always duduk kat E padahal baru je isi minyak. Sengaja nak kongsi kot-kot ada jugak yang bermasalah macam aku, sekurang-kurnagnya ada panduan. Tadi masa aku drive keta ke bengkel, aku tengok banyak bas yang bersaing sesama sendiri, ok la tu untuk tingkatkan ekonomi. Tapi yang xbestnya, mereka saling potong memotong dan ciluk menciluk, membahayakan pemandu kenderaan yang lain. Tadi hampir2 seorang penunggang motosikal berlanggar disebabkan bas tiba2 belok ke kiri untuk berhenti. Kesian motor tu.

Sebut pasal public transport ni, dari pengalaman aku, bukan yang pagi tadi je ye, dulu masa belajar pun tiap-tiap hari aku naik bus, banyak lagi yang perlu diperbaiki. dari segi ketepatan masa dan keselesaan pengguna. Memang aku faham jalan jem, susah nak tepati masa, tapi itukan dah tanggungjawab, xperlu nak dipersoalkan lagi. Kalau ada yang betul2 sangkut kat jem xpa, ni lambat coz masa kat stesen dia duduk bersembang bagai, nak tggu penuh baru nak jalan. Dulu ada la seorang penumpang tu tegur pemandu bas tu, kemain melenting lagi si pemandu bas tu. Kata pemandu tu dengan kasar, dia pun manusia, perlu rehat bagai, kalo rasa lambat g naik keta sendiri. Selamba je dia ckp macam tu, kemonlah kan dh tanggugjawab untuk memandu, so jalankanlah tanggungjawab, bukannya xdiberi langsung masa rehat. Kalo rasa xleh nak bertanggungjawab, silalah buat kerja lain or bukak company sendiri.
 sumber:carian google
Selain bas banyak lagi public transport yang boleh digunakan, namun aku cuma tekankan bas awam (bukan bas ekspress). Yelakan bus tu public transport yang paling popular. Mungkin kerana menggunakan teksi, KTM dan LRt agak mahal dan laluan yang terhad berbanding dengan bas awam. Secara kesimpulan, ramai yang xdapat nak memenuhi seruan kerajaan  untuk gunakan public transport, antara sebabnya aku rasa mungkin sebab  masa, keselesaan dan atitud pemandu. Bukan salah kerajaan or pihak-pihak lain ke apa. Memang ada orang kata, kalo xnak lambat keluarlah awal, betul la tu, tapi still memakan masa.

Tapi ada juga kebaikan gunakan public ni, satu boleh jimatkan duit. Macam aku, tambang dari rumah ke KL cuma Rm2, then kena jalan kaki 'sikit', kan dah boleh exercise tu. Selain tu, boleh kenal-kenal ngan awek2, mana tau jumpa jodoh, kan kan. Kalo lelaki boleh cuci mata sikit, yela dah selalu mengadap pc je, sekali sekala kena gak cuci mata. eh tolong jangan pikir lain ye.

2 comments:

apezs shah said...

salam

hehe saya pon g keje naik bus..
naik bu seronok gilerh hehe...
tapi saya bukan kat KL.. tu yg xde jadi mcmtu.. bus saya laju je, ramai @ x 2mnt jalan..:)

Jujurara said...

ahaa.
compem tadi mnd peluh kan.

tu la bg pelajar cam sy nie.daa pnat daa nek bas.
kadang2 rase geram gak dengan pemandu.
yela mara org ikut suka aty.

and bawak laju tu suda semestinyer.

nak wat camne kan.nasib badan la.:)

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com