Asrama ada hantu..itulah perkataan or ayat yang aku dengar masa mula-mula nak jejak kaki ke asrama. Cerita ni dah lama berlaku, saje nak kongsi cerita dongeng. Sape yang pernah duduk asrama mesti pernah dengar macam ni, aku rasa cerita hantu la cerita yang paling femes sekali. Malam pertama aku kat asrama, senior aku kemain lagi ceritakan macam-macam, sampaikan semua tempat pun ada.
Masa aku dok asrama, bukan takat cerita je, aku sendiri ada pengalaman yang menakutkan tu. Paling aku teringat, ada seorang teman aku ni yang bercerita, dia terjaga dari tido then dia terpandang cermin. Dia ternampak bayangan seorang perempuan lalu. Kawan aku ni memang antara yang berani dan lantang. Dia terus bangun dan terus ke tempat kejadian. Sampai je kat tempat tu, sebaik dia toleh je, terus lembaga dengan muka yang menakutkan di depan mata. Katanya wajah perempuan sebelah dan sebelah lagi memang ngeri. Tergamam dia dan terus berlari ke dalam bilik. Keesokan paginya, bila kami siap-siap nak ke sekolah, dia still dalam selimut sambil menggigil. Selepas 2 3 hari lepas tu, baru dia sihat. Sejak hari itu, kalo malam terjaga memang akan paksa jugak tido, kalau ada yang nak tebuang air, memang akan ajak kawan teman.
Sebut pasal buang air ni, ada satu cerita lawaklah, ini pun diceritakan oleh kawan2 aku. Ada satu malam ni, seorang lagi member aku tu terbangun sebab nak buang air kecik,dia pun gerak member aku yang seorang lagi. Jawapan diberikan oleh yg tido ni yang lawak tu. Kawan tu punyalah xtahan, dia selamba je ckp, " ko simpanlah dulu, esok je pergi toilet". Kesiankan kawan aku sorang tu, last skali dai guna cara alternative tuk buang air kecik tu. kekeke
Pengalaman aku pulak, ada aku terjaga tengah2 malam. Memang macam-macam yang bermain dalam fikiran. Aku ada juga paksa tapi xleh tido. Dalam dok paksa tu, tiba-tiba katil aku bergoyang, terkejut aku jadiknya. Aku marah terus kawan aku, tapi aku tengok dia sedap je tido siap berdengkur. Xlama pastu angin pulak bertiup kencang kt katil aku. Lagi la kecut perut aku. Tetiba bantai peluk aku terbang ke tengah dorm. Terus aku paksa jugak nk tdo, last skali aku bangun dh pagi. Lega rasanya, sepanjang setahun tu, memang xbrani nak cerita pasal ni.
Banyak lagi sebenarnya, tapi buat masa ni itu aja yang aku ingat. Maaflah kalo ada yang terlebih mungkin aku menambah untuk menyedapkan cerita. Ok itu saje untuk kali kali.
15 comments:
haha.. klako.. ramai org ckp at asrama ada hantu kan?? ermm alhamdulillah sy xpernah kena.. mintak dijauhkan.. hehe..
dulu masa tingkatan satu, tahun pertama masok sek asrama... pelajar pompuan kena histeria...dahla tue, masa bulan puasa... seram ye...
jom sertai 5 blog paling kerap dilawati 2011...
entry terbaru >
http://solomolo.blogspot.com/2011/03/5-blog-paling-kerap-dilawati-2011.html
asrama sinonim dengan hantu2 ni.. hantu loker la.. hantu makcik karipap la.. hantu toilet laa..
haih..
Statement perempuan yang bikin panas!!
<a href="http://annikabubble.blogspot.com/2011/03/deco-deco-beng-beng-boong.html>deco beng beng boong blog aku!!</a>
Biasa la..kalau duk asrama..kita pun pernah..masa duk asrama dulu..huhuhu..seram..
masa kat kolej dulu member serumah pernah kena histeria.
seram giler.
@Noraini mohd Zain
sebenarnya xda pape pun, perasaan je tu..
@solo molo
itula, dulu pun memang ada budak pompuan yg kena histeria...laki xpernah lg tgk.
@Hanieqha
biasalah tu, kekadang xda pape pun, just senior2 je menakutkan..
@seorang isteri @ ibu Yang kiub
kekadang tu, cerita je lebih..
5thn(asrama skolah)+ 3(asrama kolej)dok asrama,hanna x penah rsa pengalaman mcm tu.huhu
@hanna radzi
wow lamanya awk dok asrama, mesti banyak pengalamankan...xpernah kena, mesti awk ni jenis kuat semangat
singgah sini jenguk awk...follow juga
=(( takmoo cite antu takottt...
as salam..hehe..dah biasa tengok hantu.
sekarang boleh kata, nampak je, laungkan azan kuat2 je. pastu baca2 surah2 ruqyah. yang penting, yakin
=)
insya'Allah..
http://fadzli-rt.blogspot.com
dalam homepage ada tips nak
dimana ada asrama disitu ada cerita hantu kan? dulu mase saya dok asrama pon sama,tido lambat malam2 dengar orang menangis teresak2. mula2 rasa malas nak layan,tapi lama2 rasa nak terambil tahu pulak :P
bunyi dari katil hujung sekali,saya takutlah kalau ada budak dorm yang sesak nafas ke kan malam2 tu,pastu pantau2 jengok punya jengok,tetiba terus senyap pulak bunyi tu..sudaaahh.apa lagi,terus lah bukak lampu surah 1 dorm bangon.haha! zalim betul kalau teringat balikkkk
Post a Comment