Geng-Geng

Wednesday, February 9, 2011

Perihal mintak tolong

Kita sebagai manusia memang tidak lari dengan meminta pertolongan. Kita memang hidup saling memerlukan. Tipu kalau ada orang kata dia hidup tak pernah nak mintak tolong dengan sesiapa pun. Even dalam penulisan blog ni pun, ramai je yang aku mintak pertolongan. Kalau tak memang xjadilah blog yang aku ada sekarang ni. Setiap pertolongan yang diberi pasti ada ganjarannya tak kira di dunia mahupun di akhirat,cuma kita sedar dan tidak je. Namun perlu diingatkan, memohon dan meminta pertolongan ada adab dan caranya. Tapi aku bukanlah arif sangat berkenaan dengan adab dan caranya,  cuma aku ingin berkongsi sedikit pendapat mengenainya. Sebenarnya idea ini tercetus ketika waktu aku bekerja, keadaan sekeliling. Bila aku perhatikan, ramai yang meminta pertolongan tetapi tidak kena dengan caranya. So entri kali ini mungkin lebih dikaitkan dengan keadaan di ruangan pejabat sahaja.
 sumber : carian google
Apabila ingin  meminta pertolongan, kita memanggil org tu ketempat kita. Padahal kita yang ingin meminta tolong. Kalau orang tu tak kisah xpa, ni kang mahunya dia ada banyak kerja. Bagi aku tak kiralah pangkatnya apa, umurnya berapa atau apapapun, kita harus pergi kepada orang yang ingin kita mintak pertolongan , bukan mintak orang tu datg ke tempat kita.

Nada suara ketika minta pertolongan. Sangat penting bagi aku. Yela cuba kalau ko mintk pertolongan tu jerit-jerit, ada ke hati orang tu nak tolong ko. Selalunyalah terjadi pada bos-bos, tapi bukan bos aku, sebab bos aku sangat lah baik. Ok xpa aku namakan diri aku sebgai contoh, bukanlah bos tetapi senior staff, adalah 1 day tu aku jerit je dari tempt aku untuk mintak tolong ngan sorg tu, memanglah dia buat jugak sebab kita ni senior, tp kena igt ikhlas tak dia buat tu. Lepas tu memang susah nk mintk tolong lg dh, sehinggalah aku face 2 face dgn dia dan mengaku salah dan sbgnya.

Pastikan kita betul-betul tak boleh buat barulah kita meminta pertolongan. Cuba dulu dengan pelbagai cara, bila dah memang tak boleh buat, barulah kita meminta pertolongan. Ini tidak benda depan mata, tapi still nak tanya. Sekaligus boleh mengubah persepsi orang terhadap kita.

Meminta pertolongan memang tak salah, tapi jika sudah selalu meminta, ia akan jadi menyusahkan orang. Memanglah orang yang diminta tidak ckp pape, tp cuba anda berada di tempat beliau, bengang jugak dibuatnya. So beringat-ingat lah.

And then, kalau kita dh selalu meminta pertolongan, tak salah kalau kita sekali sekala memberi perhargaan. Cthnya belanja minum teh ke, roti canai ke, sonok gak orang tu, kan kan

5 comments:

padlie said...

Salam ziarah.

Manusia memang memerlukan antara satu sama lain. Saya setuju dengan anda untuk menjaga adab ketika meminta pertolongan. Apa yang kita tak suka, jangan buat pada orang lain. Baru la pertolongan yg diterima tu ikhlas.

bobiedanbad said...

tolong follow sayer...hehehe ble tak wat ayat mcm tu..nice blog bro

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba Tumpang lalu

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

uihhhhhh tolong help me tolonggggggg

kadang orang tak mau tolong punnn bila terdesak....itu yg kecewa tuu

SyahNas80 @ Nana said...

yup dik.. betul tu.. nak mintak tolong kene ar kene pada tempat n caranya...

tapi lebih afdal kalau nak mintak tolong, kite pegi kat tempat orang tu n tanya..melainkan pertolongan tu kene buat kat tempat sendiri..mintak dia datang ..ckp pun haruslah dengan nada yang baik..

ye ar nak mintak tolong kene ar berlemah lembut bagi orang tu pun senang n ikhlas tolong kite kan?

lainlah kalau nak mintak PERTOLONGAN..cam jatuh dalam sungai ke kebakaran ke kan? kalau part tu haruslah MENJERIT!! hehe kalau part ni nak lemah lembut memang ar lemas or terbakar dah.. (oopss.. terlebey sudah)

Danial Marzuki said...

thank sebab sudi berkongsi pendapat dgn sy, harap lepas ni kita akan lagi kenal satu sama lain...

Labels

1 2 2009 2010 25 3 82 Vads AFF Suzuki ahad airasia AIz AJL 25 akhirnya Ana antara atas Audit AutoCad Ayoub badminton badmood Ballon d'or bapa baru bas bawah belajar Ben Ashaari bengang berbuka beza birthday blog blogger survey bloglist Blogwalking bola Bola sepak Brem Mall bulatan buli busuk Cameron Highland cemburu cerita Chelsea Cikgu contest cukai cuti cuti raya cuti-cuti Daddy dasyat dia dim dim.sekolah dinner diri sendiri Disember drive driving dslr dulu-dulu edit gambar esok every part of me facebook fakta family farisan friend futsal GA gambar gegar blog haji Hannah Montana Hari Ayah Hari ini Hari raya hilang hitea hujan lebat induksi intiview Ipoh Islam isnin jalan-jalan jam jem Jkr jumaat jumie Jusco kalumpang kanak kapal terbang kawan kawan baik kebakaran kejadian kena kenduri Kepong Kereta Kerja keyboard khamis KL komen korban kursus lapar Latihan Layang-layang lelaki lenka lentang lepak letih lipas luahan luahan hati lucu mahal Main makan makan-makan malam Malaysia mangkuk tingkat marah masalah masjid melaka memandu membazir menang menyampah merdeka Messi mexico Miley Cyrus mimpi MissFyda moody MRR2 nasihat nightmare nolstalgia noltalgia ofis pages panjang papa party pasar malam PD penat pencuri pendapat pengalaman pengorbanan perasaan perempuan persoalan piala piala dunia picnic pilih kasih private puasa public public phone rangkuman raya restoran reunions rumah atok saba sabtu saje-saje sakit salam ramadhan sama SB sebulan sedap sedih segmen selesai semalam sembang seminggu sesak seterika share shift sial sibuk simple site Site Visit Soalan Space speaking subang sukan sungai sungai buloh suprise susah cari syukur tag tahun baru Taman Tanah rata tapak kasut teh tarik teraniaya Terima kasih tgv thomas cup tidak sangka tidur timbal balik tips tmp trouble is a friend tv Tv3 Twilight ucapan Ular update UTM wayang wedding wish world cup WPCM yuna z

Penafian

Ini adalah blog peribadi dan apa yang penulis rasa, alami dan percaya. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Sebarang Print Screen, copy paste terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan dari empunya blog. Sebarang tindakan yang diambil dari maklumat yang ditemukan di dalam blog ini adalah atas risiko sendiri. Penulis juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh pengunjung semasa menggunakan maklumat dari blog ini.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima Kasih
islandofdim@blogspot.com